Sleepy Head :(

12/04/2016
23:43 (TUE)

Salam :)

Hari ke-4 mid sem break ku..aishhh, what am i doing? anis apa kau buat ni, kerja tak gerak, baca notes tak banyak..kenapa makin malas? wheres all ur mission and vision?:'(





Setiap orang berdoa untuk mencapai kejayaan dalam setiap yang dia lakukan, tapi sayang, cukup sedikit yang berubah untuk ke arah kejayaan tu..contohnya aku..konon sangat nak dapat Ijazah Kelas Pertama, tapi nak study pun tunggu mood datang..konon nak jadi lecturer, tolong bangsa, tapi diri sendiri pun tak tertolong :'(((

Hurm...

“Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapkan bagi penuntut ilmu kerana reda dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu tersebut.”


“Ilmu itu adalah khazanah dan kuncinya adalah bertanya. Maka sesungguhnya diberi pahala di dalamnya (ilmu) itu empat orang : orang yang bertanya, orang alim, orang yang mendengar ilmu dan orang yang cintakan ilmu.”

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ