My Degree LIFE


Salam :)

11/04/2016
Isnin



Nampak tak selfie bahagia penuh keyakinan tu..HHA :'DDD

Hye guys, welcome to my hectic super duper busy LIFE *haktuiihh*
Alhamdulillah, dah masuk 6 minggu dah belajar, mashaaAllah, tak sangka cepatnya masa berlalu, dan harapnya makin cepatlah :'DDD
bukan apa, busy dengan jadual kelas yang sangat pack, lecturer yang sangat strict dan lain lain..Astaughfirullah..bukan nak complain, tapi nak bagitahu kat adik adik atau kawan kawan yang akan ambil degree level nanti, silalah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.

Kenapa?

Okay, kalau ikut pengalaman akak *HAHAHA* masa akak baru baru je masuk belajar, means first week, akak dah dapat assignment dah, akak dah kena present dah pun. then sepatutnya jadual tak pack, tapi disebabkan akak ni dari penerapan uitm (dulu diploma uitm, dan lulus utk sambung degree in uitm too) so akak terus dapat masuk ke Sem 2.. (tapi kalau korang byk credit transfer, korang boleh terus ke sem 3) then akak kena ambil some subject dari Sem 1, thats why jadual jadi makin pack,   so memang first week tu kita kena buat mcm mcm, dah lah penat MDS tak habis lagi, then kena cari lec, cari kelas, hantar borang itu, borang ini.  memang sangat sangat menguji..

Guya, please sedar diri yang degree kita ni memang berbeza dengan life diploma, yelah dulu time diploma, mana nak aktif kan? lebih suka tidur dalam bilik, buat hal sendiri, tapi time degree ni, memang bak ditampar bantal, amek kau, memang kena berlari, sebab kalau tak kau ketinggalan, HHA :'DD so, memang kena aktifkan diri, silalah join mana mana event yang dibuat, masuk je seberapa banyak kelab yang ada, kalau takde kelas ke apa, petang pi lah jogging, jangan tidur *walaupun sebenarnya masih takleh tak tidur* sebab bila kita dah busy, sampai tak cukup masa, barulah kita tahu betapa berharganya masa.  sekarang dah degree ni, masa banyak habis untuk discussion. memang banyak benda kita kena buat sendiri, rajin tak rajin je..then lecturer pulak semakin hebat, beruntunglah kalau dapat lecturer yang strict ni, sebab dari mereka lah kita belajar untuk berani bercakap, bukan setakat depan orang lain, bahkan in english.  then kalau lecturer bagi assignment byk tu, redha sajalah, student kan memang kena buat kerja..HEE :DD



My laughing booster guyssss ^__>

Housematess <3
Half of my classmates :DDD


Haaa, tu diaaa, akak belanja sikit gambar, Alhamdulillah, setakat ni kawan kawan baru semua okay, baik baik..syukur sangat sebab kenal dengan mereka mereka ni, dah lah pandai, enthusiastic, helpful, supportive, aishhh banyak lah..terasa kerdil sangat bila dengan mereka mereka ni :'))

Okay, nak cakap apa lagi? basically, degree ni aineen ambil Human Resource Management, ramai sangat tanya kenapa nak HR? my answer simple je, sebab memang minat, i love to works with lot of people, at the same time, i want to help others, tapi sebenarnya niat nak kerja in HR department taklah sebenar niat nak jadi Lecturer..actually lepas degree ni, InshaAllah kalau takde halangan, ada rezeki dari Allah, terus nak sambung Master, nak dapatkan scholarship uitm then terus bekerja untuk uitm..nak tolong bangsa sendiri, biarlah orang nak kutuk uitm ke apa, mereka taktahu apa yang dipertahankan di uitm, mereka tak sedar yang uitm banyak sangat membantu bangsa melayu, tapi tulah, ada je benda yang nak dikutuk.. *tetiba my ayah tengok video kat youtube makin kuat pulak guys :'DD*  sorry lah sebab tetiba macam emosional pulak, HHA, well, dah dari diploma belajar kat uitm , dah degree dah pun, tu yang rasa sedih bila orang orang luar kutuk kutuk uitm, padahal uitm ni tempat menuntut ilmu :"(((

Owh satu lagi!  kalau dulu Diploma kau overnight sebab tengok korea, sekarang kau overnight sebab siapkan assingment tau..haaa, sampai satu tahap, kau bangun, kau tidur balik :')) dan ulang :'DDD

Bakal lecturer adik adik :DDD
Aamiin

Brutally honest, i love my degree life, my thug degree life, although it fulls with hardships, storms, rains and even hot sunlight, but i'm so thankful because it teaches me how to be a better version of me, how to be as confident as i can, and to be brave in every decision i took.


In sha Allah, every difficult roads, often lead to beautiful destinations..Aamin