Mohd Aisy Uqasyah : nama dalam mimpi











01:04 a.m.
Friday

Semalam 20.11.15, lahirnya ahli baru dalam keluargaku..tahniah kakakku Nur Halimahtus Saadiah dan juga abang iparku, Abd. Fattah..selepas hampir 3 hari menahan sakit, akhirnya bayi comel ini selamat lahir ke dunia, walaupun melalui operation..

Hebat sungguh para ibu, aku rasa sangat tersentuh melihat ketabahan kakak ku..berat ujian kesakitan yang diterima, sampai nak makan pun hilang selera, setiap 5 minit mesti rasa sakit yang mengalirkan air mata..aku tak sanggup melihat keadaan kakakku, nak bantu tapi tak mampu, hanya mampu berdoa agar keduanya selamat dan kesakitan yang dihadapi dapat dikurangi Allah SWT..

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.


kakaku melahirkan anaknya pada jam 2-3 pagi, aku dan keluarga menunggu berita di rumah, hati memang tak tenang sebab risau tentang 2 nyawa yang sedang bertarung..bayi tidak dapat dilahirkan secara normal kerana masalah yang aku tak tahu nak cakap macam mana, yang penting air ketumban telah pecah, jadi bagi mengelakkan bayi semakin lemah, doktor arahkan utk melakukan operation..aku dapat berita dari abg ipar yang bayi telah selamat keluar, tetapi jantungnya lemah, masa tu aku risau sangat,,tapi syukur alhamdulillah, semuanya selamat..


Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.


jadi tadi, aku, emak dan adik pergi melawat akak dan baby, sampai sahaja di wad, aku lihat wajah kegembiraan kakak dan abg iparku, aku sebagai adik pun rasa gembira dan seronok sangat, abg iparku cerita yang dia menangis dan tak tahan melihat akak ku menangis kesakitan semasa hendak
melahirkan secara normal..dia kata dia kesian tengok kakakku merayu meminta doktor untuk tidak memasukkan ubat lagi ke dalam badan, dia cakap lagi, nanti aku pulak yang rasa..dalam hatiku, TAKNAK :'(

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.



satu lagi aku nak kongsi mengenai abang iparku, aku rasa kaklin beruntung sangat sebab dapat suami yang memahami, abg fatah layan kakakku dengan baik sekali, lembut dan memahami, ialah dalam keadaan yang sedang sakit yang teramat sangat, kita memerlukan seseorang untuk jadi teman dan penguat semangat, masa kaklin nak bersihkan diri, abg fatah mandikan kaklin, dan bantu apa yang patut, memandangkan kaklin lemah dan tak boleh nak bergerak aktif,,aku rasa bersyukur sebab itulah rezeki kakakku, berkahwin pada seawal usia 20 tahun, dan mendapat imam yang baik..itulah rezeki dia yang aku tumpang gembira, aku doakan semoga mereka terus bahagia hingga ke syurga..

“Kawinkanlah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan mendzaliminya.”


bercerita mengenai baby boy pulak, yang sebenarnya kami ingat kaklin akan dapat baby girl memandangkan dia suka sangat bersolek masa mengandung, tapi itulah yang dinamakan perancangan Allah, kakakku mendapat bayi lelaki yang sihat..Alhamdulillah, dan nama yang diberi itu, kakakku dapat melalui mimpi yang dia alami selama mengandung, dia cerita yang nama tu muncul dalam mimpi dia banyak kali, dan dia ambil keputusan untuk letakkan nama tu.

Ukasyah : Sahabat Nabi SAW 

jujur aku cakap, aku terfikir, mampu ke aku nanti andai ditakdirkan aku akan melahirkan seorang anak, aku takut sangat, yelah aku ni dah lah kecik, lemah pulak tu, sedangkan kesakitan orang beranak ni lebih dari kesakitan yang manusia boleh tanggung,.ibarat patah tulang..Allah, takutnya, bila fikir macam ni, aku teringat pada emakku, wanita yang telah melahirkan ku, terima kasih emak, terima kasih kerana bertahan untuk melahirkan saya,,i love you :')